Colorful life//
Gontor ? Apa tu ?
30 June 2015 • 9:49 AM • 2 comments

Hai semua. Baiklah, memang lama menyepikan. As, aku pun dah pindah sekolah asrama. memang tak ada masa lah. Okey. hari ni aku nak cerita tentang sekolah aku. Kehh. bajet sekolah popular. 
Tak lah popular sangat. Tapi, boleh laa daripada tak ada. 

Pondok Modern Darussalam Gontor Putri Kampus 3.



waktu pengakap/kasyafah/pramuka

Gambar gambar di atas merupakan sedikit perkenalan bagi sekolah aku.
Kan aku cakap , tak lah besar mana, tak lah juga hot mana pun --' saja nak cerita. haha
Gontor adalah sebuah sekolah , yang bersistemkan asrama, kiyai(mudir) sebagai sentral figur serta masjid menjadi titik pusat yang menjiwainya.<-- definisi PMDG.
Sekolah ni menggunakan bahasa inggeris dan bahasa arab sebagai bahasa hariannya.

Bagaimana memastikan sistem yang digunkan berkesan?
Menggunakan cara 'Pediagosis' atau dikenali juga dengan sistem PAKSA.
Kejam tak didengar? Lebih kejam kalau dah merasai sendiri.
As aku dah rasa, aku tau. Sistem BERAT sangaatt bagi orang yang ihmal (meremehkan) terhadap peraturan peraturan dia. Termasuklah peraturan menggunakan bahasa inggeris dan arab sebagai bahasa perantara. Sekiranya seseorang itu ihmal dan tetap bercakap menggunakan bahasa indonesia, yahh, Be ready for the punishment ! HAHAHA. okeh, tak lawak -.-
Punishment (iqob/hukuman) apa pulak ?
Santri di sana lebih gemar memanggil hukuman itu iqob, as it is in Arabic.
Apa aja hukuman hukuman yang ada ?

-Berjemur depan maskan(dorm) waktu petang
-Bersihkan masjid
-Berjemur tepi masjid jam 12 tengah hari //siksaaaa
-Jadi spy (bagi kesalahan bahasa)
-Buat komik/karangan dalam bahasa inggeris atau arab (juga bagi kesalahan bahasa)
-ditengking tengking oleh qismul amni
-dan baaaaaanyaaak laaagii.

Siapa saja yang tak pernah kena iqob, dikira -bukan anak gontor- !
Tapi, iqob yang paling syadidd (parah) adalahh.... jeng jeng jengg ...



*situasi ini bukannya dibuat buat*

Khimar belang beserta berjemur dengan papan tanda ! 
ni dah kira teruk sangat lah.
kalau bagi gambar di atas kesalahan nya adalah meniru ketika exam.
Meniru je dah kena? Gila laa o.O

Tu aku kata, untuk menerapkan sistem paksa memang kena ada iqob agar semua peraturan berjalan lancar. Tambahan , memang gontor terkenal dengan disiplinnya. Jadi , hai hata dia nak bagi senang senang je santri santri nya bebas tanpa disiplin.

Selain itu, untuk menerapkan bahasa yang aku dah cakap tadi , ada juga yang dipanggil "Qismu-l-lughoh" orang yang bertugas di bahagian ini adalah mendenda seemuaaaa santri yang ketahuan tidak memakai bahasa. Wah ! best kann =.=' *harap aku tak jadi Qismu ini
yang memegang bahagian ini adalah ukhti sanah sadisah atau akak form 6.
Jadi , barulah disiplin berjalan laaannncarr ~~~ 

Benda yang paaaling aku suka kat sekolah ini?

Actually, baanyak sangat.. tapi nak dipendekkan :

-Sistem pembelajaran yang berkesan. (meskipun guna bahsa arab 100% waktu belajar, tetap boleh faham ! Hah, guana tuhh ?)

-Acara-acara yang diadakan. Misalnya Panggung Gembira , Drama Arena, Pidato Akbar, Miss Skill, Miss Language eh, segala Miss lahh ! dan baanyak lagi.

-Persatuan marhalah(batch) dia kukuh saangat. Meskipun korang ada bestfriend kat seolah lama, dah masuk sini, korang akan rasa satu batch korang tu kawan baik korang. sebab akrabb sgt. Disebabkan ada sistem tak naik kelas. Jadi, masing masing akan sentiasa ingat kawannya untuk selalu belajarr agar tiada yang ketinggalan. Aku dah rasa, memang pedihh sangat kalau ada kawan yang tak naik.
my class. love them so much ! :)

-Waktu perpulangann !! Huhh , this is the best part. Sekolah ni hanya beri 2 kali sahaja cuti kepada selruh santri iaitu 10 hari pada bulan Rabiulawwal dan 50 hari selama Ramadhan. Jadi, setiap kali pulan ke rumah , rasa rindu tak tertahan macam Booommmmm ! meletup. Jadi tambah sayang dengan family ! Sumpah ! hahah. Rasa macammm..

Hahahah.. Okey , sebenarnya baaanyak lagi nak cerita. tapi risau tak ada sapa yang nak baca. hahah , baiklah, harap bermanfaat untuk sesiapa yang membaca. untuk lebih maklumat tentang gontor , sila layari http://www.gontor.ac.id/
Thank for your time ! Wassalam :)

Sincerely, Aisyah

Labels: , , , , , ,


OLDNEW
This owner ♥
*Hover picture below !*


Welcome

Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)
Mood : Loving ♥
Status : Taken . :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me


Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: I-Syaaaaah