Colorful life//
Pesanan dan ganjaran untuk kaum wanita solehah.
13 June 2014 • 10:45 PM • 0 comments
Faith, trust & pixie dust ☽

Terfikirkah kita bahawa dunia ini merupakan perhiasan untuk manusia yang mana di dalamnya terdapat pelbagai nikmat dan kesengsaraan jika tidak digunakan sebaik-baiknya ? Bagaimanapun , sebaik-baik perhisasan adalah wanita atau isteri solehah. Ini ditegaskan dalam hadis sahih yang direkodkan oleh Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda , " Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah ".

Namun , jangan pula wanita janganlah pula berlebih-lebihan dalam berhias yang mana Rasulullah S.A.W turut berpesan , " Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki agar terbau haruman itu, maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandang juga zina."

Nauzubillah. Moga kita terhindar daripada golongan tersebut.

Berikut beberapa pesanan Rasulullah S.A.W untuk peringatan kaum wanita.

  • Bagi kaum wanita yang mengandung, akan beristighfar para malaikat untuknya dan ALLAH mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan. Subhanallah.
  • Jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya, janggutnya , memotongkan misainya dan memotongkan kukunya, dia akan diberi minum oleh ALLAH dari air sungai di syurga, diiiringi oleh Allah ketika sakaratulmaut dan kuburnya akan dijadikan taman syurga serta dicatat oleh ALLAH baginya kelepasan dari api neraka dan selamat melintasi titian siratulmustakim.
  • Mana-mana kaum wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu berbanding suami kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka dia mendapat pakaian dan bauan syurga untuk turun ke mahligai suami dan menghadapnya.
  • Apabila seseorang wanita taat pada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya.

Begitulah banyaknya manfaat yang diperolehi kaum wanita. Dia menjalankan tugas sebagai isteri dengan ikhlas dan sebaik mungkin juga mematuhi pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W :

Hayati dan renugkan kata-kata ini : "Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. aku mencari segala bentuk rezeki tapi tidak menemukan rezeki lebih baik daripada sabar." - Saidina Umar Al-Khattab

Lantaran itu, yakinlah bahawa nikmat yang dikecapi, adakala bencana yang hadir tanpa diduga dan dugaan yang menimpa, pasti ada hikmah disebaliknya. 

Dipetik daripada '100 Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w'

Sekian. Semoga setiap yang membaca diberkati-Nya. Amin.


Sincerely, Aisyah

OLDNEW
This owner ♥
*Hover picture below !*


Welcome

Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)
Mood : Loving ♥
Status : Taken . :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me


Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: I-Syaaaaah