Colorful life//
Wanita Dunia atau Bidadari Syurga ?
16 December 2013 • 3:58 PM • 4 comments

Pernah terfikir tak ? Wanita di dunia , atau pun bidadari yang tinggal di syurga yang lebih mulia ?
Mungkin ada yang terfikir , ada yang tak .. 
Aisyah ada terbaca pasal satu hadis ni ..
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Jadi , jelaslah kan wanita di dunia lebih mulia berbanding bidadari di Syurga ..
TETAPI , wanita yang bagaimana ? :)
bukan semua wanita yang dikatakan lebih mulia berbanding bidadari-bidadari tersebut ..
tetapi , seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas , wanita yang solat , berpuasa dan beribadat kepada Allah .. Atau lebih tepat dipanggil Wanita Solehah ..
Oleh itu , berusahalah kita untuk menjadi dalam kalangan mereka , InshaAllah ..

Aisyah ada jugak terbaca satu buku ni.. buku ni mengisahkan tentang ciri-ciri wanita solehah ..
dia dalam bentuk dialog .. memang menarik dan tak bosan :)
tapi agak panjang , jadi aisyah bagi point je ..
Ciri-ciri wanita solehah
-Kecantikannya dilihat daripada ketulusan hatinya
-Sejauh mana dia menutup tubuhnya yang mempersona itu
-Keikhlasannya dalam melakukan kebaikan
-Apa yang sering keluar dari mulutnya berfaedah dan bersifat positif 
-Sejauh mana dia menghadapi ujian Allah dengan penuh rasa redha dan kehambaan
-Dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul
dan banyak lagi ..
Memang agak susah .. tapi susah tak bermakna mustahil ..
Buktinya , ada yang mampu menjadi wanita solehah ..
misalnya isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah .. 
Tak lupa juga srikandi Islam seperti Sumaiyyah ..

Jadi , berusahalah kita untuk menjadi yang lebih baik , sekiranya tidak mampu menjadi yang terbaik ..
inshaAllah .. sekian dahulu untuk kali ini .. semoga berguna untuk semua .. Assalamualaikum ..

Sincerely, Aisyah

Labels: , ,


OLDNEW
This owner ♥
*Hover picture below !*


Welcome

Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)
Mood : Loving ♥
Status : Taken . :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me


Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: I-Syaaaaah